Tuesday, September 15, 2009

Good Bye My Frist Love... BCR 3200

Assalamualaikum,
cinta pertama aku adalah sesuatu bende yang aku sayang sangat-sangat...kereta aku ( BCR 3200 )
Toyota SE Limited... ni lah kereta pertama aku yang aku beli pakai duit aku sendiri...
banyak peristiwa berlaku bile aku bersama BCR aku...
dah la kereta ni besar.. mase belajar memandu pakai kerete kancil.. skali dpt drive kereta besor.. ape lagi semua lah aku langgar..hahaahaha ( sebab tak pandai nak bajet )



Mula2 aku bawak kereta ni dah kene amik kakak aku dekat taman equien ( sory kalau silap eja ) tengah jalan dekat highway tuh... boleh pulak ade bekas orang excident.. so ade la serpihan2 kerete or motor ...
mase tuh tengah laju aku pon langar la serpihan tuh... abis terus tayar kereta aku MELETOP..
ape lagi mengelaba la aku... naseb ade abang aku MERAN ( penyelamat )
















Aku paling aku ingat dekat Bukit Bintang mase nak pergi karaoke kat KTV... betol2 lepas traffic light kereta aku boleh pulak battery kong.. dekat TENGAH-TENGAH simpang empat dekat bukit bintang tuh... gilew.. malu aku.. lepas tu melolak la kereta aku tuh.. naseb baik ade kawan2 aku... kalau tidak aku tak tahu ar mcm mane naseb aku.. tp kelakar pon ade... hehehehehehe.. naseb baik jugak ade abang aku MERAN... dia datang dari Cjangkang ke bukit bintang dalam setengah jam la... punyer la laju... sebab dia pon sayang kat kereta tuh...


Lagi satu mase nak pergi time square.. parking kat sane... biase ar orang baru belajar bawak kereta kan... bile nak parking reverse kan susah.. tak pandai nak bajet.. so aku suruh la kawan2 aku tolong tengok belakang... kawan2 aku ni macam haram+sial suruh aku "reverse2 reverse2".. "belakang lagi jiwan" ( sape yang cakap tuh aku dah lupe rasenyer anak ali kot )
sekali BEDENTUM kene tembok belakang... lepas tuh buat aku cuak.. cakap lampu belakang kereta aku pecah la.. macam2 la... time tuh rase mcm nak pijak2 je ... tp kawan2 punyer hal... abaikan je la..
















Ade banyak lagi peristiwa aku dengan kereta nih.. tapi aku segan nak tulis & malas nak tulis.. nanti kate aku POYO la...

anyway thanks for everything my car...
i will never forget what you had teach me and all the experiences

sebab kereta aku dah jual... nak cari kereta baru or bini baru.. :))
( sape yang pernah naik kereta aku ni aku nak kowang cakap terime kasih dekat kereta akuh nih... bukan dekat aku... tp KERETA aku ) wakakakakakaakakakakaka




Tinggal Kenagan... ahahhah

Saturday, September 05, 2009

Fakta Menarik

Fakta Menarik untuk dikongsi bersame


1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!!Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang
banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan
yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam
akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit
filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa
dari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk
hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana
mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkanberus gigi hendaklah diletakkan
sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tapa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan
tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam
sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak
di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan
senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk
penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar,
kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci jugamencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun
untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagianbibirnya sahaja)

27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu
tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat
menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita.

Monday, August 10, 2009

Talent Show~

betol ke ha?
tapi nampak macam real je orang tuh kene panah...


DONT TRY THIS AT HOME OR OFFICE

Tuesday, August 04, 2009

Happy BirthDay














Time kaceh kepade kawan-kawan & Family yang wish aku birthday..
walaupon aku dah berumur (32) tahun..masih ramai lagi nak wish tuh...
terase macam dah tua la pulak...
bile pikir umur dah macam ni mule la pikir macam2...
kawin,rumah,awek,family,anak...ahahahahahah

sape yang lupe wish kat aku tuh aku anggap dia dah wish la..
serupe jugak aku...kadang2 lupe jugak nak wish birthday orang laen..
so far tak dapat ape2 hadiah lagi la setakat nih..
cume hadiah air liur je la aku dpt......
tengah tunggu hadiah la nih...
ahahaahha

p/s ( tulis ni bukan nak kecoh satu kampog or satu malaysia pasal birthday aku..cume tak tahu nak tulis ape dah dalam blog nih )



salam

Monday, July 27, 2009

Siape dengki gan aku ea?

assalamuailaikum...
aku rase pelik ar...
entah ar...
aku rase aku baik gan semua orang..
tp aku tak tahu...
aku tak boleh menilai diri aku..
cume orang di sekeliling aku je boleh menilai aku...
aku tak nak amek tahu sape yang dengki or bengang gan aku...
tapi aku nak mintak maap la dekat semua orang yang aku kenal dan dekat semua orang yang aku tidak kenal...
kadang2 mulut aku ni tak ade insurance..
aku suke bergurau2 & bahan2 orang...
tapi tak niat pon nak sakit kan hati sape2...
cume nak mengeratkan kawan2..


Sorry yea...dari Hujung Rambut sampai hujung jari kaki kalau aku ade buat salah..

assalamualaikum..

Dragonica - Jester lv31 Pro..
ahahaahah
(dalam hati ...nak langsir lagi tuh)

Sunday, July 12, 2009

Seorang Banduan

Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.

Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.

Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: "Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang.."

Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, "Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni gay dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan body lotion? Saya jawab di bilik mandi. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga.

Sunday, June 28, 2009

sorry busy

sorry busy...
tak ade banyak mase untuk aku luangkan mase untuk blog aku..
sory ea..

Monday, June 22, 2009

Di sebalik ungkapan " TAK ADA APA APA..."

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga..!

Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami..

"Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya.

Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.

Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?"

"Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini." Emak menjawab.

Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran.

Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi. "Tak ada apa-apa" Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali.

Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang."

Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal ketika
adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk.

“Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga.Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa."

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetap berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap Tuhan dengan hati yang tenang."

Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah.

Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yang terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. “Ën Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung.

Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon."Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai
di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama ini.

"Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf
bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa
kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata 'órang tua bodoh. Tak ada otak.â€

Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya.. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa disebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.

"Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya. " An-Nisa':36

**** AMBIL IKTIBAR DAN PEDOMAN DR CERITA DIATAS.... SESUNGGUHNYA SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.... RASA INSAF BILA MENGHAYATINYA DAN BERSYUKUR PADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI IBU DAN BAPA.

Thursday, June 18, 2009

H1N1

Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati



Sunday, June 07, 2009

ape salah aku

Assalamualaikum...

ape la salah aku.. aku rase aku dah cukup baik dah dengan semua orang...

ni pasal kes halmet aku..


halmet aku, aku baru beli.. tak sampai setahun pon aku beli..

mule - mule bertukar halmet baru aku dengan halmet buruk...

aku tak kesah lagi..

sebab ade la jugak halmet..

boleh pakai lagi..


ni skunk halmet aku dah hancur..

visor tak ade...

kapas yang dekat kepale tuh pon dah tak ade...


aku dah naik tension dah ni...

aku baik sangat pon..

kang aku jadi jahat...mencuri kan baru dia orang tahu nanti..


lepas ni aku pikir la kang..

malas la nak bagi orang pinjam barang2 aku..

sebab aku asyik pikir kan orang je...

cume orang je tak pikir kan pasal aku...

aku skunk cube nak jadi penting kan diri sendiri la..

tp...

tak boleh...

aku tak boleh buat semua tuh..

tu bukan sikap aku..


cume nak bagitau kawan2 la..

just jangan take advantage sangat dekat aku sangat...


Assalamualaikum...

Monday, June 01, 2009

It`s abOut mE

Pada 2 hari bulan Ogos 1986 pukul bape aku x tahu... aku di lahirkan oleh ibu yang paling misali dalam dunia ni.. insan itu bernama Badariah Bt. Abd Hamid...

Selepas aku di lahir kan... mak aku letak la name aku Mohd Izuwan...
so aku dah lahir... aku tingal kat Kg Sentosa... dekat depan sekolah SMP dulu... rumah setinggan


ni aku masih Baby..

Comel tak?

Zoom Sikit

ZOOm Banyak ( Sory Pic lame so ade rosak sikit )

Bile dah besar sikit aku pon pindah la dekat Pantai Dalam.. Kg Sentosa kerap sangat banjir... tu pasal la pindah....

Rupe bangla+bosnia herzegonia


Mangse kakak2 aku.... ( serious aku malu gilew nak tunjuk pic nih... tp untuk kawan2 bahan aku...so aku letak jugak pic nih )



Dekat Tanjong Karang sawah padi ( possing Maut beb..bajet mcm model je )

Dengan Arwah Pak Lang aku...






so lepas aku aku sekolah... sory gambo sekolah ade... tp x sempat nak scan la... boss aku balik dari meeting pulak... takot dia sound aku nanti... hihihihihi

selepas sekolah aku kene Khidmat Negara... salah satu pengalaman yang tak dapat aku lupe kan sampai aku mampos... mmg best gilew

Macam Pekerje kilang SATO da.. ( cari aku mane satu dalam ramai-ramai nih ) teringat pulak kisah AKU & DIA di PLKN aduh...



Askar... rupe aku Huduh gilew... wkakaka ( asyik nak ensem je x boleh la )


sampai la sekarang aku... macam mane kowang tengok aku sekarang.. macam tuh la...
nak membabel tak reti la.. just buat yang simple2 je...



Picture nih yang aku paling sayang sekali.... Just Me & My Mother ( doa kan mak aku sentiase sihat.. Amin )