Tuesday, September 15, 2009

Good Bye My Frist Love... BCR 3200

Assalamualaikum,
cinta pertama aku adalah sesuatu bende yang aku sayang sangat-sangat...kereta aku ( BCR 3200 )
Toyota SE Limited... ni lah kereta pertama aku yang aku beli pakai duit aku sendiri...
banyak peristiwa berlaku bile aku bersama BCR aku...
dah la kereta ni besar.. mase belajar memandu pakai kerete kancil.. skali dpt drive kereta besor.. ape lagi semua lah aku langgar..hahaahaha ( sebab tak pandai nak bajet )



Mula2 aku bawak kereta ni dah kene amik kakak aku dekat taman equien ( sory kalau silap eja ) tengah jalan dekat highway tuh... boleh pulak ade bekas orang excident.. so ade la serpihan2 kerete or motor ...
mase tuh tengah laju aku pon langar la serpihan tuh... abis terus tayar kereta aku MELETOP..
ape lagi mengelaba la aku... naseb ade abang aku MERAN ( penyelamat )
















Aku paling aku ingat dekat Bukit Bintang mase nak pergi karaoke kat KTV... betol2 lepas traffic light kereta aku boleh pulak battery kong.. dekat TENGAH-TENGAH simpang empat dekat bukit bintang tuh... gilew.. malu aku.. lepas tu melolak la kereta aku tuh.. naseb baik ade kawan2 aku... kalau tidak aku tak tahu ar mcm mane naseb aku.. tp kelakar pon ade... hehehehehehe.. naseb baik jugak ade abang aku MERAN... dia datang dari Cjangkang ke bukit bintang dalam setengah jam la... punyer la laju... sebab dia pon sayang kat kereta tuh...


Lagi satu mase nak pergi time square.. parking kat sane... biase ar orang baru belajar bawak kereta kan... bile nak parking reverse kan susah.. tak pandai nak bajet.. so aku suruh la kawan2 aku tolong tengok belakang... kawan2 aku ni macam haram+sial suruh aku "reverse2 reverse2".. "belakang lagi jiwan" ( sape yang cakap tuh aku dah lupe rasenyer anak ali kot )
sekali BEDENTUM kene tembok belakang... lepas tuh buat aku cuak.. cakap lampu belakang kereta aku pecah la.. macam2 la... time tuh rase mcm nak pijak2 je ... tp kawan2 punyer hal... abaikan je la..
















Ade banyak lagi peristiwa aku dengan kereta nih.. tapi aku segan nak tulis & malas nak tulis.. nanti kate aku POYO la...

anyway thanks for everything my car...
i will never forget what you had teach me and all the experiences

sebab kereta aku dah jual... nak cari kereta baru or bini baru.. :))
( sape yang pernah naik kereta aku ni aku nak kowang cakap terime kasih dekat kereta akuh nih... bukan dekat aku... tp KERETA aku ) wakakakakakaakakakakaka




Tinggal Kenagan... ahahhah

Saturday, September 05, 2009

Fakta Menarik

Fakta Menarik untuk dikongsi bersame


1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!!Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang
banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan
yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam
akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit
filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa
dari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk
hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana
mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkanberus gigi hendaklah diletakkan
sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tapa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan
tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam
sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak
di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan
senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk
penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar,
kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci jugamencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun
untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagianbibirnya sahaja)

27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu
tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat
menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita.